0Lihat Senarai Festival saya
Lihat Senarai Festival saya
BMENG

22/23/24    MEI  2015  10  PAGI  -   10  MALAM

DATARAN GEMILANG, PRESINT 4 PUTRAJAYA

showcase of talent

Pameran Bakat

Tema Baru Festival Belia 2015

Tahun ini menandakan permulaan baru Festival Belia yang akan dikendalikan oleh Rakan Muda. Bakat-bakat terunggul dikalangan anak-anak muda akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda.

Rakan Muda memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan. Dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, pendapatan keluarga, budaya dan antara kaum yang wujud, tujuan mentor Rakan Muda adalah untuk menjadi pemangkin kepada program pembangunan bakat untuk semua belia Malaysia. Mentor-mentor juga telah menggunakan peluang untuk menjangkau belia yang kurang bernasib baik dan bermasalah untuk memberi inspirasi kepada masa depan mereka.

Festival Belia 2015 akan bertemakan "Talent Showcase", selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang akan berfungsi sebagai penjana pembangunan bakat belia.

ZON-ZON

Festival Belia Putrajaya 2015 telah dibahagikan kepada empat zon berdasarkan empat tema berlainan. Mentor-mentor Rakan Muda akan ditempatkan di zon yang selaras dengan bakat mereka.

Terokai festival

Lihat jadual penuh:
 
22 Mei
23 Mei
24 Mei

Senarai Festival Saya

Lihat jadual penuh:
 
22 Mei
23 Mei
24 Mei

Temui Mentor-Mentor Rakan Muda

Anda boleh bertanya apa sahaja kepada mereka. Mentor Rakan Muda sentiasa di sini untuk memberi dorongan dan mengasah bakat anda. Rebutlah peluang ini untuk belajar daripada bakat-bakat terbaik di Malaysia. Dan siapa tahu, mereka mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk berjaya di masa depan.

BIJI-BIJI INITIATIVE

Biji-Biji merupakan sebuah perusahaan sosial yang mempunyai misi untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup lestari di Malaysia.

Sebagai contoh, Biji-Biji melakukan projek-projek seperti membuat perabot dan juga pelbagai beg daripada bahan kitar semula dan menghasilkan barangan yang interaktif dari bahan buangan.

Biji-Biji bekerja dengan cara yang inklusif dan bekerjasama.

Mereka percaya bahawa kerjasama itu lebih mantap dari persaingan dan adalah cara yang terbaik untuk berinovasi.

Sebelum #FBP2015, Biji-Biji Initiative telah menjalankan bengkel di seluruh negara mengajar tiga elemen kepada peserta: keusahawanan, hidup lestari melalui upcycling dan kejuruteraan elektronik asas.

Pada hari festival, pelajar yang terpilih akan mempamerkan kerja-kerja mereka yang diperbuat daripada bahan-bahan terbuang.

Datanglah ke festival dan melihat pemasangan gila mereka!

Videos

Biji-Biji Initiative

D’Skills Academy

Kun Seng Keng

Epic Homes

Joe Ipoh

  • 00HARI
  • 00JAM
  • 00MIN
  • 00SAAT